AHLAN WASAHLAN KE BLOG UNIT B&K :)|| Follow or Dashboard

Tuesday, 19 January 2021

Pengenalan Unit B&K SK Taman Desaminium

 Assalamualaikum,

Di dalam blog ini saya ingin memperkenalkan Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Taman Desaminium yang menjadi nadi dan tulang belakang kepada SK Taman Desaminium. Unit BK SKTD mempunyai seramai 3 orang guru kaunseling iaitu saya sendiri Puan Noriza binti Abu Zabri, Puan Valeie a/p Subramaniam dan Encik Sharmathevan a/l Ranu. Saya dan Puan Valeie bertugas di sesi pagi sementara Cikgu Sharmathevan bertugas di sesi petang. SKTD mempunyai murid-murid seramai 2330 orang.

    Unit BK SKTD mempunyai kemudahan bilik kaunseling yang kondusif dan teraputik. Terletak di bahagian blok pentadbiran dan bilik ini sangat strategik antara laluan ke kelas. Bilik ini dibahagikan dengan 2 bilik. Ruang luar dijadikan ruang pelawat dan kaunseling kelompok manakala ruang bahagian dalam dibahagi dua sebagai ruang pengurusan dan kaunseling individu. Dekorasi bilik adalah hasil sentuhan idea Puan Valeie  dan Encik Sharmathevan. Pelbagai info dan maklumat disediakan untuk memberi maklumat kepada murid-murid yang hadir ke bilik BK.

 Guru-guru sentiasa mengalu-alukan kehadiran mereka ke bilik ini untuk pertemuan kaunseling individu, kaunseling kelompok, kaunseling berfokus mahupun aktiviti-aktiviti dan program kaunseling yang melibatkan kumpulan kecil. Moto BK yang jelas menunjukkan guru-guru BK sentiasa mengambil berat dan memainkan sikap peduli terhadap klien/murid yang datang dengan masalah untuk diberi bantuan/penyelesaian masalah.




             PENERAJU UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKTD

                                                       PN. NORIZA BINTI ABU ZABRI
  
                           

                             PN. VALEIE  A/P SUBRAMANIAM
                      
               
                                

                ENCIK SHARMATHEVAN AL RANU
                                                        


No comments:

Post a Comment