Friday, 22 January 2021
PROGRAM ZIARAH CAKNA
Wednesday, 20 January 2021
PROGRAM JOM KE SEKOLAH
Seluruh dunia terpalit dengan Pandemik Covid-19 begitu juga dengan dunia pendidikan. KPM telah mengarahkan semua sekolah menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara atas talian. Murid-murid tidak dibenarkan hadir ke sekolah tetapi pdpc tetap berjalan seperti biasa. kepada semua murid-murid.
Bermulanya sesi persekolahan bermaksud Unit BK harus bersedia dengan program-program yang telah disusun. Program Jom ke Sekolah begitu sinonim dengan keterujaan murid-murid yang telah lama rehat semasa cuti persekolahan hujung tahun. Hari pertama persekolahan Unit BK telah menyediakan panduan pengajaran dan pembelajaran di rumah untuk dihantar kepada semua murid-murid SKTD melalui guru kelas masing-masing.
Video 'Salam Perkenalan murid-murid Tahun 1' disediakan sebagai menyambut dan mengalu-alukan kehadiran murid-murid baharu ini sebagai warga SK Taman Desaminium. Walaupun guru dan murid tidak dapat bersuamuka tetapi murid dapat mengenali guru-guru di alam maya. Murid-murid ini akan berasa seronok untuk belajar dan dihargai kehadirannya.
Program Penyayang
Agenda pertama yang perlu dalam rancangan tahunan BK ialah Program Penyayang. Dalam program penyayang, Unit BK merancang beberapa komponen program termasuk Sambutan Hari Lahir murid, menyambut murid di pintu pagar sekolah dan program mentor mentee.
Semasa Perintah Kawalan Pergerakan ini semua murid-murid tidak dibenarkan hadir ke sekolah dan mereka perlu menjalani pdpr. Program sambutan harijadi murid tetap diteruskan dengan mengucapkan Selamat Ulang tahun Kelahiran melalui video yang dihantar kepada guru-guru kelas. Semoga ucapan ini dapat meningkatkan motivasi murid-murid belajar dalam norma baharu.
Tuesday, 19 January 2021
Pengenalan Unit B&K SK Taman Desaminium
Assalamualaikum,
Di dalam blog ini saya ingin memperkenalkan Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Taman Desaminium yang menjadi nadi dan tulang belakang kepada SK Taman Desaminium. Unit BK SKTD mempunyai seramai 3 orang guru kaunseling iaitu saya sendiri Puan Noriza binti Abu Zabri, Puan Valeie a/p Subramaniam dan Encik Sharmathevan a/l Ranu. Saya dan Puan Valeie bertugas di sesi pagi sementara Cikgu Sharmathevan bertugas di sesi petang. SKTD mempunyai murid-murid seramai 2330 orang.
Unit BK SKTD mempunyai kemudahan bilik kaunseling yang kondusif dan teraputik. Terletak di bahagian blok pentadbiran dan bilik ini sangat strategik antara laluan ke kelas. Bilik ini dibahagikan dengan 2 bilik. Ruang luar dijadikan ruang pelawat dan kaunseling kelompok manakala ruang bahagian dalam dibahagi dua sebagai ruang pengurusan dan kaunseling individu. Dekorasi bilik adalah hasil sentuhan idea Puan Valeie dan Encik Sharmathevan. Pelbagai info dan maklumat disediakan untuk memberi maklumat kepada murid-murid yang hadir ke bilik BK.
Guru-guru sentiasa mengalu-alukan kehadiran mereka ke bilik ini untuk pertemuan kaunseling individu, kaunseling kelompok, kaunseling berfokus mahupun aktiviti-aktiviti dan program kaunseling yang melibatkan kumpulan kecil. Moto BK yang jelas menunjukkan guru-guru BK sentiasa mengambil berat dan memainkan sikap peduli terhadap klien/murid yang datang dengan masalah untuk diberi bantuan/penyelesaian masalah.











